“Agong Kata Sila Duduk Dan Jangan Lari” Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke 14 Buat Semua Ketawa Besar

PETALING JAYA: “Ahli-ahli yang berhormat, sila duduk dan jangan lari,” demikian titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

loading...

Titah yang dilafazkan baginda sebaik duduk telah mencetuskan suasana gamat di Dewan Rakyat apabila menegur agar tiada ahli Parlimen bertindak sedemikian pada sesi persidangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berlangsung pada Selasa.

Teguran Agong itu ternyata mengejutkan semua pihak, malahan semua wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan dan juga pembangkang masing-masing tidak kering gusi seketika dengan gelagat baginda.

loading...