Akhirnya Terjawab! Kenapa YB Khairy Jamaluddin Masih Tidak Mendapat Gelaran Dato’

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mengakui kurang selesa apabila diberikan gelaran dan pingat Datuk.

loading...

Menurutnya, beliau lebih selesa berkhidmat untuk rakyat dan melibatkan diri dalam kancah politik tanpa sebarang gelaran, selain merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk menerima apa-apa gelaran.

“Kalau boleh, selagi saya dalam politik dan berkhidmat, lebih baik saya berkhidmat tanpa sebarang gelara, saya kekok bila ada gelaran..,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Khairy turut merasakan beliau masih terlalu muda untuk menerima gelaran Datuk memandangkan sumbangannya terhadap negara masih belum mencukupi.

“Ia terlalu istimewa, saya melihat penerimanya mestilah seorang yang layak untuk menerima dan diri saya masih tidak layak.

“Sebab saya berumur 40an, baru bermula kerjaya dan saya tidak anggap apa yang dibuat selama ini atau ahli Parlimen biasa melayakkan diri saya untuk memegang gelaran Datuk,” ujarnya lagi.

Tidak terhenti di situ, Khairy merasakan budaya mengejar gelaran ini bukanlah satu perkara yang baik untuk dijadikan contoh buat generasi muda.

“Saya melihat ramai yang kejar gelaran yang mana saya rasa terlalu muda tidak buat apa-apa dalam kerjaya mereka yang melayakkan mereka memegang gelaran datuk.

“Sudah jadi budaya kejar gelaran, bagi saya benda ini bukan sesuatu perkara yang baik untuk kita sampaikan kepada generasi muda,” ujarnya.

Katanya, atas rasa rendah diri, gelaran Datuk itu terpaksa ditolaknya walaupun pernah disenaraikan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  lalu.

“Bagi saya, selagi saya berkhidmat lebih baiklah saya berkhidmat tanpa apa-apa gelaran.” – FMT

loading...