(Video) Setelah Diasak Tentang Anak DS Najib Berfoya-foya Di Taiwan, Ini Respon Padu Dari Presiden Pemantau Malaysia Baru

KUALA LUMPUR, Julai 7 — Anak Datuk Seri Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dilihat makan dan minum wain dengan artis jelita Taiwan, Celia Zhang, sehari selepas bapanya didakwa 4 pertuduhan berhubung SRC , lapor portal berita taiwan, Apple Daily.

loading...

Wartawan Apple Daily mengekori rapat pergerakan mereka berdua di Tapei dan mencatatkan dengan terperinci apa yang dilakukan Nazif dan Celia.

“-Nazif makan dan berbual dengan Celia Zhang malam kelmarin di restoran stik berdekatan Taipei 101.

-Menikmati beberapa gelas wain dalam atmosfera yang mengasyikkan selama tiga jam, dua botol wain merah dibuka.

-Pergi urut sebelum menikmati makan malam dan dua jam di bar.

-Menaiki teksi ke hotel Grand Hyat pada 1 am. ”

-Laporan Apple Daily.

Laporan Apple Daily turut disertakan dengan video menunjukkan beberapa footage mereka yang sangat mesra dan tergedik-gedik seperti pinang dibelah dua.

Apabila ditanya mengenai perkara ini, Celia menjawab.

Celia Zhang, 34, is a former model of Chinese-Vietnamese parentage who is now an actress and has been in the entertainment industry for four years. ― Screengrab from Apple Daily's video

“Kami hanya minum di bar Grand Hyatt, mood (Nazif) tidak berapa baik kerana ahli keluarganya sakit, selepas itu dia naik ke atas ( ke bilik) dan saya pulang” – Celia.

Pada 29 Mac 2018, Nazif menaikkan kenyataan di facebook beliau mengumumkan menarik diri dari arena politik buat sementara. Setakat ini, Nazif masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung laporan Apple Daily.

Apa Respond Lokman Adam Bila Ditanya Wartawan Tentang Isu Anak Najib Di Taiwan

Sumber: KINI TV

loading...